Kereta pertama saya

Kereta Dahaitsu Charade, beli waktu bujang, harga RM2500, bayar cash. sayang betul, rupanya tak ada satu pun aku ambik gambar dengan kereta ni, zaman tu telefon belum ada kamere. Facebook pun belum ada untuk berlagak. Adohai.

(kredit gambar kereta ni aku ambik dekat forum carigold.com)

Kereta ini walaupun buruk, kebaikkan nya adalah tak payah bayar bulan bulan, dan kereta inilah aku guna untuk pikat hati mertua aku dan bini aku lantas membuktikan mereka tak metrialistik-woha!.

Air Cond tak ada, tempat pijak kaki ada lubang sikit, waktu hujan kena pakai selipar sebab air boleh masuk ikut bawah.

Sabar betul bini aku kahwin dengan laki yang pakai kereta macam ni, waktu hujan, cermin berwap, bini aku jadi wiper organic dengan lap cermin dengan tuala basah. Pernah rosak tengah jalan, ketuk ketuk sikit, dah ok dan teruskan perjalanan.

Kenapa aku beli kereta buruk ni? Tak macam kawan kawan yang beli kereta baru bayar bulan bulan RM800?

Sebab aku beli rumah dulu, tak ada siapa ajar aku buat kerja yang bukan bukan macam tu, tapi aku yang gatal nak beli rumah seawal umur 24 tahun, sebab masa tu harga murah (dibandingkan zaman sekarang), walaupun aku kerja kilang waktu itu, kira layak beli rumah sebab aku tak ada komitment lain.

Bila bini mengandung, kesian kat dia kena air hujan kat kaki, baru aku beli kereta proton wira yang ada aircond, dan masih guna sampai sekarang sebagai second car. Selain kereta MPV sebab anak dah ramai.

Umur kereta wira tu dah 22 tahun, tapi power window dan air cond masih ok sampai sekarang, rezeki aku kot, ha ha.

Waktu beli proton wira aku jual kereta charade aku ni dekat ejen MLM Suraco, pernah nampak kereta ni melintas dengan sticker Sureco tahun 2005 dulu, tak tahu apa cerita kereta tu sekarang.

Jadi begitulah kisah kereta pertama saya sekaligus rumah pertama saya.


Rumah pertama aku sekarang dah buat Homestay. Jika korang datang Kemaman atau Cherating nak tengok penyu bertelur, boleh tempeh Homestay aku, RM150 sahaja semalam- sempat promote tu-woha!

Ps: Woha homestay, Cherating dan Kemaman, ada Aircond, astro, dapur, mesin basuh dan lain lain.
RM150 semalam, boleh whatsapp: 0199117163/0199227963

selamat tahun baru!

terniki, 30hb hingga 1 january sudah di tempah. Tarikh lain masih ada

rm150 semalam.

call/wasap:  0199117163/0199227963